Tentang UMRAH INSANI

UMRAH INSANI adalah satu cabang perniagaan baru di bawah airasia, bertujuan untuk menyokong komuniti Muslim di seluruh dunia dengan memberikan akses yang tiada tandingannya kepada praktik-praktik berasaskan kepercayaan. Ini termasuk ibadah Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup yang patuh Syariah.

5 Rukun

Meneladani lima rukun Islam yang utama, rukun di bawah ini mewakili dan membimbing misi kami di Umrah Insani:

BERPATUTAN

UMRAHINSANI bertujuan untuk membantu golongan Muslim dengan tawaran yang berpatutan dalam memenuhi amal kebajikan agama. Misalnya, pakej Umrah yang dinilaikan terlalu tinggi buat sebahagain masyarakat menjadi fokus utama UMRAH INSANI. Dengan pengalaman kami dalam sektor perlancongan dan dikuasakan oleh jenama AirAsia, akan kami sediakan perkhidmatan terjamin selesa dengan harga berpatutan.

kebolehcapaian

Kami berusaha untuk membawa kemudahan kepada kehidupan umat Islam dengan memudahkan akses kepada produk dan perkhidmatan Islam. Melalui teknologi, kami berhasrat untuk merapatkan jurang antara pasaran tradisional Muslim, amal kebajikan agama dan keperluan gaya hidup termasuk Umrah, e-commerce, Qurban, Aqiqah, Sadaqah dan perkhidmatan Islam yang lain.

KOMUNITI

Selaras dengan gaya hidup Islam, pembinaan masyarakat adalah sebahagian dari falsafah UMRAHINSANI. Objektif kami adalah untuk menghubungkan sesama umat Islam dan memperkenalkan kepada mereka platform moden dan digital untuk saling berinteraksi. Sama ada komuniti yang berpusat di sekitar sekolah, masjid, kawasan bandar atau luar bandar, UMRAHINSANI bertujuan untuk mengeratkan ikatan komuniti.

PENDIDIKAN

Islam mengajarkan gaya hidup yang sungguh indah di mana semuanya bermula dengan cinta. Melalui platform kami, kami berusaha untuk memberikan panduan kepada sekalian Muslim dalam perjalanan keimanan mereka, dan juga bagi membantu golongan bukan Islam memperoleh kefahaman yang lebih murni mengenai gaya hidup Islam, di mana kecintaan dan kedamaian melimpah

SOKONGAN

Falsafah UMRAHINSANI adalah berasaskan Amal Jariah, bukan hanya dengan pemberian wang tetapi juga masa dan tenaga. Sebagai aspek penting dalam kehidupan setiap manusia, kami berhasrat untuk menyokong orang ramai yang memerlukan melalui jenama dan platform kami. Kami berpegang kepada prinsip menginginkan untuk orang lain apa yang diinginkan untuk diri sendiri.

0
    0
    Your Cart
    Cart anda kosongKembali ke Shop